Thursday 18 August 2011

Kejohanan Bola Tampar Sekolah-Sekolah Asia ke-3 (P) dan ke -4 (L)


Majlis Sukan Sekolah Malaysia akan mengambil bahagian dalam dua kejohanan antarabangsa pada tahun ini:
1.         Kejohanan Bola Tampar Sekolah-Sekolah Asia ke-3
(3rd Asian Schools Volleyball (Girls) Championship)
Tarikh  :           20 – 28 Ogos 2011
Tempat:           Danang,Vietnam

Seramai 12 orang pemain daripada 15 orang yang dicadangkan telah dipilih untuk mewakili MSS Malaysia dan sedang menjalani latihan pusat di Sekolah Sukan Bukit Jalil.
Upacara penyerahan bendera akan diadakan pada:

            Tarikh  :           19 Ogos 2011
Masa    :           3.00 petang
Tempat:           SSBJ

2.         Kejohanan Bola Tampar Sekolah-Sekolah Asia ke-4
(4th Asian Schools Volleyball (Boys) Championsips)

Tarikh  :           11 – 21 Oktober 2011
Tempat:           Urumieh City, Iran
Seramai 16 orang pemain telah dikenalpasti untuk menyertai pemilihan pada minggu yang ke 4 bulan September 2011. 12 oang pemain saja akan dipilih untuk mewakili MSSM ke kejohanan tersebut.

Untuk makluman, MSSM  telah menghantar pasukan yang kuat dan mantap ke kejohanan peringkat Asia.  Pasukan Lelaki MSSM telah mencapai tempat ke-4 di belakang China,Thailand dan Korea Selatan pada Kejohanan Bola Tampar Sekolah-Sekolah Asia ke-3  ( 3rd  Asian Schools Volleyball (Boys) Championsips) di Singapura dalam tahun 2007.  Malaysia kalah tipis kepada Thailand (3-2) dalam perlawanan separuh akhir. Jurulatih pada masa itu ialah En.Lee You Meng dan dibantu oleh En.Zulyadi Zakaria.    

Bagi pasukan perempuan, MSSM mendapat tempat ke-5 dalam Kejohanan Bola Tampar Sekolah-Sekolah Asia ke-2 (2nd  Asian Schools Volleyball (Girls) Championships) 2004 di Macau dan Naib Johan dalam  Kejohanan Bola Tampar Sekolah-Sekolah ASEAN (ASEAN Schools Volleyball (Girls) Champonships) 2007 di Seremban.  Jurulatih pasukan adalah En.Loh Ai Min dan dibantu oleh Cik Hazreen.

Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan kepada jurulatih-jurulatih yang terlibat atas pencapaian yang amat membanggakan.

Kejayaan-kejayaan tersebut memberi semangat dan dorongan kepada MSSM untuk berusaha melakukan yang lebih baik lagi.  Bagi merealisasikan hasrat tersebut, kita perlukan kerjasama dan persefahaman yang jitu dan seterusnya membantu pihak MAVA dalam usaha membangunkan sukan bola tampar negara kita.

No comments:

Post a Comment