Sunday 11 September 2011

Kursus Kejurulatihan Bola Tampar Tahap 1


 
KURSUS KEJURULATIHAN BOLA TAMPAR TAHAP 1
TARIKH AKAN DIUMUMKAN NANTI

Kursus Kejurulatihan Bola Tampar Tahap 1 anjuran Bahagia Sukan,Kementerian Pelajaran Malaysia akan diadakan TIDAK LAMA LAGI. Seramai 35 orang peserta kursus dari kalangan guru yang dicadangkan oleh semua pengerusi Teknik Negeri (MSSN) telah dikenalpasti.

4 comments:

  1. Kalau ada guru-guru yang tidak tersenarai berminat nak menyertai kursus tersebut boleh tak? Dulu pernah menyertai kursus yang sama anjuran ppd tp bayar sendiri. Namun, sampai sekarang (hampir 6 tahun) masih tiada berita. Yang dapat cuma sijil kehadiran je. Kalau kena bayar lagi pun takpe asalkan boleh join. Yang penting boleh dapat sijil kejurulatihan tu. Alang-alang latih murid-murid sampai ke peringkat negeri, mestilah nak ada sijil jurulatih. Baru ada kelas. TQ. Cikgu Azlan SK Kampong Baharu Sabak Bernam

    ReplyDelete
  2. Cikgu Azlan,terima kasih atas pertanyaan cikgu.Terlebih dahulu saya nak minta maaf kerana lewat membalas cikgu.Cikgu merupakan orang yang pertama meninggalkan pesanan.Baru tadi saya mengesan pertanyaan cikgu.Saya cadangkan cikgu cuba hubungi pihak penganjur untuk mendapatkan sijil kelulusan cikgu.Semangat cikgu terhadap bola tampar dapat saya rasakan.Semoga cikgu boleh terus berusaha dalam melatih budak-budak sekolah.Kalau sijil masih tidak dapat lagi dan cikgu berminat untuk mengulangi kursus kejurulatihan,diminta cikgu sentiasa mengikuti maklumat yang dipaparkan dalam blog ini.

    Cikgu Cha(nyiensin88@yahoo.com)

    ReplyDelete
  3. Yup...kalau tidak dipilih boleh sertai tak utk kursus kejurulatihan.sanggup bayar.

    ReplyDelete
  4. 1.Bila lagi pihak MSSN/MAVA akan mengadakan kursus kejurulatihan Seperti ini?
    2.saya adalah orang dari Sabah,kepada siapakah perlu saya hubungi/rujuki untuk mengikuti kursus kejurulatihan ini?
    3. Bagi mengikuti kursus kejurulatihan seperti ini,adakah seseorang yang berumur 25 tahun kebawah layak mengikuti kursus ini?

    ReplyDelete